Thursday, November 24, 2011

My New Blogshop AFRIDA FABRICUT!!!!!!

Assalammualaikum....

KLIK! jgn tak klik!;-p


Alhamdulillah...dengan ini telah rasmi saya membuka blogshop yang dah lama diidam-idamkan;-p. Mari la jengah-jengah cuci2 mata dah nak hujung bulan bulan ni.hehe...



SELAMAT DATANG KE AFRIDA FABRICUT;-)

Syukur alhamdulillah,setelah sekian lama bercita-cita untuk membuka blogshop sendiri,hari ini dengan rasminya AFRIDA FABRICUT telah beroperasi.Insyaallah,kami akan berusaha untuk menyediakan material yang berkualiti disamping harga yang berpatutan.Batch pertama ini pihak kami bawakan COTTON SATIN yang begitu cantik dan sangat selesa.  Sebarang cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami atau apa saja bolehlah emailkan kepada afridafabricut@gmail.com 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan TAWARAN ISTIMEWA sempena pembukaan blogshop ini.3 orang pelanggan pertama akan mendapat harga istimewa!!!
Happy shopping ladies and girls;-)  

p/s : Jangan lupa untuk menjadi follower kami dan anda mungkin follower bertuah yang akan mendapat hadiah misteri;-p



***Jom Exchange Link!. Sila tinggalkan komen kat http://afridafabricut.blogspot.com/dengan meletakkan link Kedai anda dan bagitahu jenis kedai anda samada kedai kain ke,kedai baju siap ke,kedai alatan menjahit ke,kedai craft ke supaya senang saya nak letak kat mana kedai anda nanti.dan jangan lupa linkkan Afrida Fabricut di blogshop anda;-p






Saturday, November 12, 2011

Salam



selalu nak bagi yang terbaik dan selalu itu jugak la akan end up jadi yang terburuk.itulah kehidupan manusia.kita sentiasa merancang,Tuhan yang menentukan.apa pun mulakan dengan bismillah,berusaha,berdoa dan tawakallah...insyaallah kalau bukan hari ni,esok-esok ada la ganjaran bagi yang bersabar....





p/s: mood sentap dengan diri sendiri sebab boleh lupa guna photoshop secara total! nuff said!;-(





Wednesday, October 12, 2011

Without pain

Assalammualaikum...






Without pain, there would be no suffering, without suffering we would never learn from over mistakes. To make it right, pain and suffering is the key to all windows, without it, there is no way of life. Angelina Jolie







Sunday, October 9, 2011

Resepi : Daging Masak Merah ibu afdlin & azhad

Assalammualaikum...





hem...dalam seminggu ni anak2 buat perangai tido awal,lepas maghrib dah tido.nanti2 pukul 10 kang bangun sampai pukul 2,3pagi.itu pun kalau tak paksa suruh tido jgn harap la nak tido.adik cara adik.abang cara abang.yang pasti ibu jugak la yang pening kepala sebab waktu tido tak betul.entah macamana boleh jadi macam ni pun tak tau;-(

tapi alhamdulillah..hari ni bawak diorang keluar jalan.petang baru balik rumah.dah balik main2,penat terus tido waktu macam biasa...tapi ibu pulak la...dah terbiasa jaga tak nak tido la pulak...bahaya! bahaya! kang tak pasal2 kang masuk dapur sekali lagi.hehe...

eh!..panjang la pulak mukadimah...asalnya nak tulis resepi.oklah.resepi ni ringkas je,ambik kat My Resipi.tak ingat dah sape yg kasi.malas nak check.huhu...tapi semoga anda yg beri resepi ni murah rezeki hendaknya.terima kasih sbb bg resepi yg dah lama dok cari.ingatkan susah,rupanya mudah je cara nak masak (tapi i ubah letak nama i kat tajuk tu jgn marah ek;-p).dulu2 selalu la order kat sek.2 masa dok study kat uitm shah alam dulu tuuu....kira time2 kaya la tu..ptptn baru masuk.boleh la makan nasik putih,tomyam ayam,daging masak merah,kangkung goreng belacan,sup cendawan,telur dadar..eh! macam2 la kan...kata tengah kaya;-).tu belum masuk nasik lemak meranti,nasik mesti tambah,sambal lebih,lauk kerang sudah pasti.gulp! alamak!..dah terlapar la;-p 

dah cukup2!..meh kita lihat bahan2 utuk Daging masak merah kita ni...

- 1/2 kilo daging dipotong nipis & direbus dgn pewarna merah smp empuk
- 1 biji bawang besar dimayang
- 1 biji capsicum hijau
- 1cm halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos cili*
- 2 sudu besar sos tomato*
- 2 sudu besar sos tiram*
- garam secukup rasa
- kalau ada boleh letak kacang buncis,daun bawang,bunga kubis dan daun sup.(letak daun sup memang sedap,i like;-p)
- yang bertanda * tu sila la letak ikut citarasa ye puan2 sekalian;-p  


Cara2nya

1. tumiskan bawang besar,bawang putih da halia sampai agak kuning

2. masukkan sos cili,tomato dan tiram.klu kering boh la ayaq sikit.klu suka kuah boh byk sikit..tp jgn byk sgt.

3. masukkan garam,seruk perasa klu mau(tapi tak baik hokey)

4. masukkan daging rebus tadi n masak sampai sebati.

5. boh la capsicum n sayoq2 semua tu...masak mendidih boleh tutup api dan hidangkan.

6. buat lauk makan dgn nasik USA pun sesuaiiiii....


ok..ni gambaq Daging masak merah i yg baru masak xsempat boh dalam mangkuk sbb anak i dah teriak.
ni versi memanglah bukan seperti resepi di atas sbb sudah diolah untuk makan pagi,tgh hari,malam n simpan untuk bekfes ke esokan harinya atau kalau tak sempat sbb tgh malam sudah dibedal lepas anak2 tidoq.muahaha!...




hambik kau! 1 kuali baq i masak..puas makan.
eh! abang afdlin cakap emmm..best ibu!;-p





jari kenit tu bukti i masak sebelah tangan je hokey...tererkan ibu adik ni adik?
.esok2 bukti adik suka kacau ibu kat dapoq;-p
  



ok,sekian..selamat mencuba....ZZZzzzzzzzzzzzz....







Wednesday, October 5, 2011

Steve Jobs ( 1955-2011 )

Assalammualaikum











"Your time is limited. Don't waste it living someone else's life." 









Tuesday, September 27, 2011

29

 Assalammualaikum...






          Those little things, I love the best.




versi untuk mata klia;-p



p/s : ini post yang lewat 5 hari dari tarikh sebenar;-p.apa2 pun syukur masih diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas di atas muka bumi ini.terima kasih kepada semua yang wish.semoga kita sama2 diberkatinya.amin;-)

Thursday, September 15, 2011

Khalifah kecil ibu


Assalammualaikum...


tak tahulah bila ayah ambil gambar ni.sebab ibu sibuk masak,tapi abang afdlin kejap2 datang dapur cakap "bu aba Allahhuakbar"...bu...bu..bu...bla..bla..bla...satu-satu apa yang dia buat mesti nak kena cerita kat ibu dia ni;-p.yang ibu ya..ya..ya...tapi bila sudah kerja-kerja kat dapur tu.duduk depan pc tengok gambar2 ni.alahai....sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan.rupa-rupanya abang afdlin cakap nak solat bila ayah dia pakaikan jubah lepas godek2 baju lama nak simpan.ini jubah yang beli masa nak raya tahun lepas.muat lagi;-p.sayang anak ibu Muhammad Afdlin,nanti bila besar jangan tinggal solat ye sayang.jadi imam ibu,ayah ngan adik ye.kalau nak masuk imam muda ibu mesti undi tiap2 hari,apatah lagi maktok;-p......sepanduk takpa,maksu kata dia yang nak bawak.hehe...

oh! yang adik pulak,bila ibu suruh duduk ngan ayah bukan main marah sambil selak2 baju ibu nak nenen lagi,tapi bila cakap je "sayang duduk la ngan ayah sat,ibu nak pi ALLAHHUAKBAR"...terus tiba2 turun dari riba ibu atas kerusi ingat nak buat apa.rupanya dok meniarap nak sujud lepas tu panggung kepala sambil senyum2 tengok ibu.dan setiap kali sebut "Allahhuakbar" dah faham ibu nak pi solat sambil terus buat aksi meniarap untuk sujud.alhamdulillah...

waktu-waktu macam ni,anak ikut je apa yang ibu ayah buat.harap-harap ibu ngan ayah dah tunjuk contoh yang baik buat dua orang khalifah kecil ibu ni.nanti besar yang baik jadi contoh,yg buruk jadikan sempadan ye sayang anak-anak ibu.muahhh!




saya budak baru belajar..tolong betulkan tangan  saya lain kali ye ayah;-p


sujud pun nak bagi muat2 saiz sejadah.hehe...


baca tahiyat akhir;-p


eh! eh! nak jugak tengok kamera;-p




p/s: Harap maklum latar belakang adalah perkara biasa setiap hari hasil usahasama dua beradik ni.jangan lah nak kemas selagi diorang tak tidor atau muka boleh bertukar hijau dek sebab usaha itu hanyalah sia2;-p







Tuesday, September 13, 2011

To be a winner

Assalammualaikum...


To be a winner in life, find a passion, get out of comfort zone, and be a doer. learn to handle pressure, to bounce back from failure, and never give up.
-Donald Trump





p/s : mood tawaq hebiaq.eh! eh! never give up af!






Saturday, July 30, 2011

Mari! mari shopping disini!


Assalammualaikum...





Hello kawan-kawan.sihat hari ni?oh! skemanya ayat.haha!ok,just nak bagi tahu hari ni dengan rasminya my adik ipar to be dah bukak blogshop untuk memudahkan anda semua bersoping dengan gembira dan jayanya;-)
sebelum ni dia hanya jual kat personal blog je,macam tak berapa nak sesuai nak lepak lelama kalau nak cuci poket matakan?.so apa tunggu lagi? mari kita terjah  http://irinesweethouse.blogspot.com/ sekaranggg!!!


insyaallah,mungkin barang dari qatar juga akan dipasarkan tidak lama lagi;-)


silalah berkunjung ke kedai kami.eh! kedai irine;-p


oppppssss! oppppsssss! selain itu,kalau sesiapa yang masih tercari-cari photographer untuk wedding ke,birthday party ke,atau apa2 event lah...boleh je kontek dengan my one n only adik lelaki yang bukan sahaja berbakat ambik gambar,tapi juga memasak ini di http://veloliver.com/ atau terus ke
http://www.facebook.com/veloliverphotographyart?sk=info . hati-hati dengan klon adik i ni supaya tidak berlaku sebarang penipuan ye...



mari usha2 hasil seni adik i ni



wedding




along,member satu bilik masa kat seroja,UITM dulu.cantikkan dia;-)?



putra,member satu kelas ngan adik i dulu...



Puan Rina bos adik pompuan i



pasangan yang hepi;-p




Birthday Party




birthday abang baqriz yang comeiii;-)



birthday yiyen.oh! mak dia sangat gojes!jeles!jeles!





Majlis Cukur Jambul 




Allahhuakbar!!!


cukur kepala,mandi,nenen ibu...zzzzzzz.......



oh! ni abang dia masa kecik.saja nak tempek jugak gambar;-p



opppsss! ni gambar i ngan bibik2 afdlin n azhad.hahahaha!



ok...ni hasil air tangan photographer;-p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 Tadaaaaaaaaaaa!!!


sungguh tak sangka adik laki ai nan sorang yang ambik daun lalang yg
disangka serai dulu yg masak semua ni;-p



p/s : sila la klik link yang tertera untuk maklumat lanjut.iklan ini tidak berbayar.tapi kalau dapat duit raya memang syokkk!muahaha!











Thursday, July 28, 2011

hai...

Assalammualaikum...



oh! makin lama makin malas rasa nak update blog.haha!baru je buat dah malas?bukan apa,tiap2 kali nak update mesti ended up dengan baca blog orang je la kerja;-p

hem..ni lah kalau orang kata belum rezeki.apa yang plan hari ni semua tak jadi.mula-mula bawak adik gi hospital nak cucuk.hati dah rasa lain macam je.selalu ramai je orang walaupun kaunter tak bukak lagi sebab masing-masing nak ambil giliran awal.tapi tunggu punya tunggu sorang je muncul....oklah..tunggu lagi.hem..tak boleh jadi ni.sekali tanya cakap hari ni klinik baby tak bukak.uwaaa!tapi takpe,ada geng salah haribulan.haha!
terlepas la adik.dah la lambat sebulan utuk check up sebab balik Malaysia ari tu.apa boleh buat, minggu depan terpaksa la pergi masa puasa di musim panas ini.hai la badan....

pastu elok2 je hepi nak gi Villaggio kereta pulak buat hal.mr.suami dengan perasaan penuh tanggungjawabnya  berkata "kita p Lulu dah la.abang tak mau ambik risiko.takut kereta rosak jauh2 dengan cuaca panas macam ni susah.kesian anak-anak".oh!hancur luluh hati ai mengenangkan betapa gumbiranya sebelum ini nak pergi ambik baju raya yang akhirnya ada orang nak jahit plus nak beli usha kasut raya aii.sob! sob!

dan malam ini setelah semua orang tido,dengan mata dok terkebil-kebil tak boleh nak lelap,datanglah satu idea mulia iaitu nak manjakan tumid kaki ai yang mulai merekah terasa sakit dengan Happy Foot callus shaver yang dibeli hanya kerana perasaan kasihan amoi tu dok tenyeh kaki ai dengan habuk berkepul-kepul naik ke muka(ko saja la kan amoi..rupanya benda alah ni ada kaver,tapi ko sengaja tak nak pakai sebab nak bagi ada efek habuk tu supaya ai rasa kesian kat u kan?kan?kan?demmit di situ kerana elaun ai dah hangus!)

setelah membelek-belek alat tersebut ternyata tidak ada bateri sedangkan jelas lagi nyata ada tertulis FOC bateri disertakan dan ai pun yakin dia ada letak bateri kat dalam benda alah ni.tetapi dimanakah ia?so,terhendap-hendaplah ai mencari bateri dalam gelap sebab hilang akal apa nak bukak lampu orang tengah tido kan?tapi tak berjumpa pulak dengan bateri yang oh! sungguh banyak dalam laci ni bila taknak pakai.haih!!!misi mulia ini nampaknya gagal jugak! uwaaaa!!!..ini la hari yang orang kata BELUM ADA REZEKI;-(



epot hospital yang sangat sejuk;-p

abang suka sangat tengok blakang sekarang ni klu nak ambik gambar.

adik pulak tak tengok kamera.

adik yg terlepas,ibu yg frust dan abang yg ceria;-p



Sunday, July 17, 2011

Sumbangan ikhlas untuk Norma

Assalammualaikum



saya dah tak ingat terjumpa kisah norma dan talib ni di mana.tapi yang pasti banyak cerita mereka yang dikongsi bersama oleh blogger2,dan setiap kali tu jugak la hati sebak n kalau tengok gambar norma dengan anaknya senang sangat airmata ni mengalir.ya Allah!berat sungguh dugaan untuk keluarga ini.kasihan sungguh bila kenangkan betapa kasih seorang ibu yang ingin membelai bayi pertama dengan penuh kasih sayang tidak dapat ditunaikan.saya harap pasangan norma dan talib tidak berputus asa dengan ujian Allah ini.ya..betul berat mata memandang berat lagi bahu memikul tapi mudah-mudahan cara ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung.pada yang mahu membaca kisah mereka boleh BACA di sini.






kasih ibu hingga ke syurga.Rafiq,jadi anak soleh ye sayang...





cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif






p/s:Brain Cancer stage 4."Medulloblastoma is a highly malignant primary brain tumorthat originates in the cerebellum or posterior fossa."5 kali operation




Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Assalammualaikum...




ini saya ambil dari FB Puan Suzana Ghazali.terima kasih atas ingatan.mari kita kongsi sama-sama...


Digalakkan membaca Yaasin tiga kali pada malam ini (Nisfu Syaaban). 

Yaasin pertama niatkan agar dipanjangkan usia untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Selesai bacaan Yaasin, berdoalah.

Yaasin kedua niatkan memohon keluasan rezeki yg halal serta diberkati. Selesai bacaan Yaasin, berdoalah.

Yaasin ketiga niatkan memohon ditetapkan iman yg sempurna hg meninggal dunia. Selesai bacaan Yaasin, berdoalah.

Antara doa yg boleh dibaca selepas selesai setiap bacaan Yaasin adalah seperti berikut:

“Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah dan Penyayang. Segala puji bg Allah. Tuhan yg memiliki alam dan selawat dan salam atas semulia2 Rasul, junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat baginda sekeliannya.

Ya Allah yg mempunyai kurnia dan tidak diberi kurnia kpd-Nya. Ya Tuhan yg Maha Besar, Yg maha mempunyai nikmat dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau tempat memohon perlindungan dan meminta pertolongan bg yg ketakutan.

Ya Allah! Andainya Engkau menulis di azali mencatat aku sebagai seorang yg celaka atau seorang yg tidak akan diberi nikmat kurnia atau seorang yg dikutuk dan dihina atau seorang yg disempitkan rezekinya, maka aku mohon kurnia-Mu Ya Allah, hapuskanlah kecelakaanku, jauhkan aku drp hinaan dan kutukan, panjangkan umurku dalam iman dan taqwa kpd-Mu dan luaskanlah rezekiku. Tetapkanlah aku menjadi seorang yg bahagia, beroleh rezeki dan beroleh taufuk utk segala kebaikan Ya Allah!

Ya Allah! Dengan merendah diri ke hadrat-Mu pd malam nisfu Syaaban yg mulia ini, yg padanya ditetapkan segala urusan yg penting, jauhkanlah segala bala dan malapetaka sama ada yg diketahui atau tidak diketahui olehku Ya Allah!

Maha Suci Allah! Curahkanlah rahmat ke atas junjungan besar Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda. Segala puji bagi Allah, pentadbir sekelian alam. Amiiiiinnnn!!!”
Jom sama-sama kita usahakan bersama, insyaallah...




Friday, July 15, 2011

resepi stoberi coklat..nyum2!!!

Assalammualaikum...




oleh sebab tak boleh nak buat kerja ngan dua orang nemo ni dok ibu...ibu...ibu...baik saya bagi resepi stoberi coklat ni...


terima kasih dayang jack untuk resepi ni.


bahan-bahan(15-20 biji)


15-20 biji buah strawberi segar (dicuci dan dilap kering)-saya tak lap pun;-p
70-80 gm coklat masakan (dihiris kecil)
1 sudu besar gula icing
1 sudu besar marjerin
2 sudu makan susu segar
cara-cara
1.Satukan semua bahan di atas kecuali strawberi di dalam mangkuk tahan panas. Panas dan cairkan bahan ini secara 'double boiler'. Kacau perlahan. Biarkan separuh sejuk.
2.Celupkan buah strawberi satu persatu ke dalam kuah coklat td dan letakkan di atas kertas foil/kertas silikon. Kemudian simpan di dlm peti sejuk seketika (kalau x sejukkan pun xpe, coklat tu akan keras sendiri pd suhu bilik).
3.tadaaa...dah siap.tapi itu resepi asal.saya punya tak sempat nak tunggu simpan dalam peti sejuk pun.terus je tuang atas stoberi tu n ngappp!;-p

coklat,gula ising,margerin dan susu yg dicampur sekali
dan cairkan guna teknik double boiler.



mari main susun-susun stoberi dulu;-p





ok dah cair...entah kenapa la ko terbalik wahai gambar..layan je la...

tuang kan saja semua coklat tu atas stoberi.

selamat menjamu semua cinta hati;-)

























p/s : oh! malasnya nak buat watermark pakai paint.satu2 nak kena edit.ini lah bahananya kalau lupa apa yang bgelajar dulu.oh!photoshop.sob2!lepas ni xnak buat dah la watermark.ai bukan glemer pun org nak curik gambar ye dak?haha!




Thursday, July 14, 2011

Strawberry coklat...nyummeeee!

Assalammualaikum...



ni kena dik penangan stoberi coklat yang makan kat rumah di perlis ari tu la ni.mula-mula adik yang baru balik dari Cameron Highlands bawakan ke rumah,lepas tu kawanku cik banos pulak datang bawak masa nak ambil jubah yang dia pesan.hai terus teringat-ingat....


mula-mula buat dek je la.malas nak layan nafsu makan.nak didik hati la konon...tapi eh! makin lama makin menjadi-jadi.apa lagi terus la cari bila kawan dah cakap kat FB yang kat qatar pun dah ada jual.apa lagi terjahhhhhhhhh!!!!!


mr.suami yang mula-mula tak berapa nak minat pun lepas makan boleh offer nak beli stoberi untuk buat kat rumah.kan ai dah kata sedap.kalau tak takde la terpikat siti nurhaliza kat dato K tu dok hadiah stobri coklat je;-p




opss! sebelum makan jom terjah H&M dulu;-p

take me af,you will nursing ur baby with style at home.emm..no thanks!;-p

muka model topi n anak model yg mengantuk tggu ai dlm kedai;-p

insyaallah,u akan jadi kasut raya ai;-)


ok..ini dia yang dicari-cari.kedai dia betul-betul kat depan k4 Villagio.

tadaaaaa!
hero-heroku;-)

hepi dapat makan stoberi coklat;-p

ngap!

orang makan stoberi,dia sibuk makan biskut.



sedap sehingga menjilat jari;-p




lepas makan stoberi terus pergi sturbucks.tak kenyang okey setakat makan 2,3 ketul stoberi.perlu diisi lagi.hehe...






sambil tunggu ayah bayar barang-barang.abang afdlin jumpa lightning McQueen;-)





 ok...semua bangun tido nak makan stoberi ibu.haha!

masing-masing tengah mamai.kelakar betul.hehe...


nak resepi?ok...nanti rajin i bagi ok...till then...tata!;-p