Wednesday, May 28, 2014

Announcement Ladies,Paris Calling!!!





Assalammualaikum dan hai semua;)


Ladies...a gentle reminder,pada sesiapa yang nak order branded item untuk pakai raya atau nak buat hantaran ke,untuk birthday ibu,isteri,ayah,kakak,adik,abang ke yang datang khas dari Paris untuk ETA sebelum raya,this is your last chance ye..masih boleh order dan buat full payment sebelum 7/6/2014.
boleh order handbag,kasut,belt,sunglasses atau apa2 yang uoll minat k ladies.
100% authentic sudah pasti;)

Place ur order @ afridams82@gmail.com or PM @ FB : Butik Afridams or 
Whatsaap 019-27 541 27.

Please expect some delay to reply ya due to the time difference between Malaysia and qatar.10q;)

oh! ladies..please follow AFRIDAMS - Bagz to Differ kat instagram juga ya.i'm currently lebih aktif di instagram;)

ok..kat bawah ni sebahagian customer2 Afridams yang sudi share gambar2 diorang.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK di atas sokongan.do come back & get ur return customer price ok?;)




P/S : Ok...kita cedok je sebijik-sebijik dari blogshop kita AFRIDAMS.Jimat masa dan tenaga.muahahaha!




My sweet customer kak Roseliani;)




Dari kak Roseliani untuk suaminya yang tercinta;)




My beautiful customer Qwenzz, anniversary gift from her husband.
lucky wife indeed!




My sifu ajar jahit tudung ala2 Ariani dulu,
Kak Kimi.Go follow her ig for nice jacket n pants ladies @kimisonweb ;)





Last but not least,LV Bloomsbury PM SKU N42251 for PN.Laila.
sorry ade gambar bag je.tuannya xde;-p
sehari lepas beli bag ni,harga terus naik di Paris.alhamdulillah dapat beli bag dengan harga lama;)





Jadi apa tunggu lagi?cepat2 grab ur favourite one's ladies.for Chanel,LV, and Celine are LIMITED slot ya.thank you n happy shopping!!!;) 












Thursday, October 24, 2013

MEMPERKENALKAN!!!!




Assalammualaikum....

Bismillahhirrahmannirrahhim...dengan nama Allah,perkenalkan blogshop terbaru saya iaitu........... 


tadaaaaaaa!!! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



eh! eh! eh! blogshop apa ni?jual kain lagi?oh! tidak! tidak! tidak!
Afridams adalah butik online yang menawarkan pre-order designer2 handbag dan jugak aksesori pada harga mampu milik...iaitu harga yang insyaallah lebih murah kalau nak bandingkan kat Malaysia tanah tumpah darahku itu dan boleh bayar bulan-bulan.so,memang sangatlah tidak membebankan.bestkan?hehe;-)

Semua handbag ni adalah 100% dijamin original yang akan dibeli sendiri oleh saya ataupun partner saya...atau kedua,ketiga kami sendiri di butik-butik di Paris nanti.tiada ragu-ragu lagi k?;-p

so,tunggu apa lagi?sekarang ni pre-order untuk Paris trip June 2014 dah dibuka.jom pakat-pakat order bag raya tahun depan;-)


oh ya!...blog masih dalam proses kemaskini,baru letak brand LV je....hehe! lom siap 100% dah nak warwarkan ke?opkos! tindakkan kena pantas adik-adik,kakak-kakak...nak bag raya takkk?
tapi janngan risau...boleh je nak terus ke  FB Page Afridams.
kat page memang dah letak brand LV,TOD'S,GUCCI,CHANEL,PRADA dan lain-lain lagi dan sudah pasti akan ditambah dari masa ke semasa.
nak order mudah saja,boleh melalui FB Page Afridams,FB Butik Afridams, atau juga emailkan kepada afridams82@gmail.com





Fb acc.tu terpaksa jugak letak butik sebab undeng2 facebook nak kena letak jugak2 last  name tu.so...jgn la kompius, kejap ada butik,kejap Afridams je.hasrat hati nurani memang nak letak Afridams sorang2 dia je.solo n steady.tapi apakan daya?pasrah je la kan;-p

jadi jemputlah datang tengok-tengok,like-like...dan yang pastinya,order mengoder;-))




* Pada sesiapa yang sudi,jom kita tukar-tukar link.boleh komen kat post ni ataupun email afridams82@gmail.com untuk sesama memajukan business online kita ni.sekian terima kasih;-)

 http://afridams.blogspot.com


















Thursday, July 11, 2013

Muhammad Ali bin Zainudin





Assalammualaikum...

Perkenalkan inilah Kahlifah terbaru saya, Muhammad Ali bin Zainudin.Lahir tepat jam 11.55 pagi pada 26.6.2013.ok..dah 16 hari dah hari ni...alhamdulillah.Bayi pramatang yang sangat kuat;-)
ok...cukup setakat ini,cerita panjang insyaallah menyusul kemudian;-p




Adik Ali hari ke-2.masa ni baru sampai rumah dari hospital.
tengok2 dah tercakar dah muka masa ambik kat wad  SNC.
betul2 'Muhammad Ali' la anak ibu ni;-p



Adik Ali sebelum cukur rambut;-)






Monday, December 10, 2012

Nampak gayanya..tahun depan kena tukar tittle blog la;-)


Assalammualaikum....



alhamdulillah....

rezeki dariNya.walaupun merancang nak tunggu adik Azhad umur 3 tahun lebih baru nak berbaby baru,tetapi Allah nak bagi kami sekeluarga rezeki lebih awal;-) takpe la..ibu pun tak nak tua sangat baru nak pregnant lagi.Cuma perasaan tak percaya tu tetap ada.naknya bila tengok adik azhad...macam tak percaya je dia dah nak jadi abang.








"adik,dalam perut ibu ada baby.nanti baby lahir,adik kena jadi abang cik tau" saya cuba pujuk adik supaya boleh tukar panggilan dia dari sekarang.
Adik Azhad "mana?.takde pun...(sambil tengok perut)

Ibu "ada la..kat dalam perut ibu lagi.macam adik dulu2 la.adik duduk dalam perut ibu,bila lahir baru adik keluar"

Adik Azhad "tak nak! ni adik la,bukan abang cik.panggil adik je"
.................................................................................................................................

Ibu " abang...dalam perut ibu ada baby.abang nak baby lagi tak?"

Abang Afdlin.sambil tersenyum..."ape ibu?"

Ibu "dalam perut ibu ade baby,macam abang dulu-dulu.abang duduk dalam perut ibu,bila abang lahir...adik pula duduk dalam perut ibu,bila adik lahir...sekarang ada baby baru pula duduk dalam perut ibu.nanti baby lahir...abang ada la 2 adik.satu adik azhad,satu lagi baby ni.

Abang Afdlin " alaa...abang tak nak la.abang nak baby ni je.(sambil tunjuk adik azhad yang duduk kat sebelah dia,yg cuma dengar je apa ibu dan abang cakap) abang sayang adik,kesian adik.ini adik abang tau" sambil terus peluk dan cium adik azhad...dan adik azhad pun terus la terlentok-lentok keluar lidah jadi baby  dalam pelukkan abangnya tu! 





"ibu!..tengok ni bu!...abang lukis gambar abang pegang tangan adik;-)







Thursday, September 6, 2012

Selamat Hari Lahir Ayah Ultraman dan Ben10!!!



Assalammualaikum...



Selamat Hari Lahir En.Zainudin b.Yaman yang ke- 35.oh! abang dah tua...tapi orang selalu cakap af lagi tua dari abang.tak aci betul...




ye...janggut itu bagus dengan usia mu;-)




Wednesday, July 18, 2012

Celebrities as Real People: Not a Pretty Picture...



assalammualaikum...



Tengah-tengah dok tension membuat itu ini..tetiba ternampak kat yahoo

Celebrities as Real People: Not a Pretty Picture... 

terus tergelak sensorang di tengah malam ni...muahahaha! oh! kalau uolss tak jadi artis femes n duit berlambak-lambak tu,entah2 macam macam iolss jugak la buat kerja tengah-tengah malam macam ni,kejap-kejap kena benti anak nak nenen kan anjelina joli?.tapi syukur..alhamdulillah.asalkan kita rajin,rajin dan rajin...insyaallah ada la ganjarannya nanti2 kan?;-) jangan putus asa ibu afdlin 
& azhad! cayok2!;-) ok..sekarang jom kita tengok camne la artis2 ni kalau tak glemer.hehe...





ahaha! vontot tetap seksi,dgn2 cik abang pun seksi sekali;-p 



Scarlett Johansson as a lab assistant,still cute;-) 




oh! Brad Pitt.sadisnya...




Jennifer Aniston.rambut tu kalau sikat elok2.still cantik.orang gemuk yang cantik;-p




Rihanna...entah! haha!




Madonna.ish! teruk sangat hampa ni buat kat dia,kesiannn.ibu i 55 pun still menten lagi ok.




Gwyneth Paltrow .hah! yang ini lg cantik dr real life! serius! kurus kering xsantek okey?;-p




tetap keluarga bahagia;-)



hem...gamak-gamaknya kalau i tukar jadi artis pulak camne la ye?haha! ada hati! tapi betul la..kita manusia ini ada banyak pilihan.nak jadi apa-apa pun boleh asalkan ada usaha dan errr..duit.oh! itu pun termasuk dalam adik beradik usaha jugak okey.jom2 kita diet (sambil mengunyah cookies satu tin;-))





Monday, June 11, 2012

8







assalammualaikum...