Monday, December 10, 2012

Nampak gayanya..tahun depan kena tukar tittle blog la;-)


Assalammualaikum....



alhamdulillah....

rezeki dariNya.walaupun merancang nak tunggu adik Azhad umur 3 tahun lebih baru nak berbaby baru,tetapi Allah nak bagi kami sekeluarga rezeki lebih awal;-) takpe la..ibu pun tak nak tua sangat baru nak pregnant lagi.Cuma perasaan tak percaya tu tetap ada.naknya bila tengok adik azhad...macam tak percaya je dia dah nak jadi abang.








"adik,dalam perut ibu ada baby.nanti baby lahir,adik kena jadi abang cik tau" saya cuba pujuk adik supaya boleh tukar panggilan dia dari sekarang.
Adik Azhad "mana?.takde pun...(sambil tengok perut)

Ibu "ada la..kat dalam perut ibu lagi.macam adik dulu2 la.adik duduk dalam perut ibu,bila lahir baru adik keluar"

Adik Azhad "tak nak! ni adik la,bukan abang cik.panggil adik je"
.................................................................................................................................

Ibu " abang...dalam perut ibu ada baby.abang nak baby lagi tak?"

Abang Afdlin.sambil tersenyum..."ape ibu?"

Ibu "dalam perut ibu ade baby,macam abang dulu-dulu.abang duduk dalam perut ibu,bila abang lahir...adik pula duduk dalam perut ibu,bila adik lahir...sekarang ada baby baru pula duduk dalam perut ibu.nanti baby lahir...abang ada la 2 adik.satu adik azhad,satu lagi baby ni.

Abang Afdlin " alaa...abang tak nak la.abang nak baby ni je.(sambil tunjuk adik azhad yang duduk kat sebelah dia,yg cuma dengar je apa ibu dan abang cakap) abang sayang adik,kesian adik.ini adik abang tau" sambil terus peluk dan cium adik azhad...dan adik azhad pun terus la terlentok-lentok keluar lidah jadi baby  dalam pelukkan abangnya tu! 





"ibu!..tengok ni bu!...abang lukis gambar abang pegang tangan adik;-)







2 comments:

  1. tahniah kak af...seronoknya dh bertambah ahli..semoga sihat2 hendaknya :)

    ReplyDelete

PLEASE DO NOT RELAY DISCOMFORT MESSAGES TO THE "SUPERMOM-TO-BE". TQ.