Thursday, July 28, 2011

hai...

Assalammualaikum...



oh! makin lama makin malas rasa nak update blog.haha!baru je buat dah malas?bukan apa,tiap2 kali nak update mesti ended up dengan baca blog orang je la kerja;-p

hem..ni lah kalau orang kata belum rezeki.apa yang plan hari ni semua tak jadi.mula-mula bawak adik gi hospital nak cucuk.hati dah rasa lain macam je.selalu ramai je orang walaupun kaunter tak bukak lagi sebab masing-masing nak ambil giliran awal.tapi tunggu punya tunggu sorang je muncul....oklah..tunggu lagi.hem..tak boleh jadi ni.sekali tanya cakap hari ni klinik baby tak bukak.uwaaa!tapi takpe,ada geng salah haribulan.haha!
terlepas la adik.dah la lambat sebulan utuk check up sebab balik Malaysia ari tu.apa boleh buat, minggu depan terpaksa la pergi masa puasa di musim panas ini.hai la badan....

pastu elok2 je hepi nak gi Villaggio kereta pulak buat hal.mr.suami dengan perasaan penuh tanggungjawabnya  berkata "kita p Lulu dah la.abang tak mau ambik risiko.takut kereta rosak jauh2 dengan cuaca panas macam ni susah.kesian anak-anak".oh!hancur luluh hati ai mengenangkan betapa gumbiranya sebelum ini nak pergi ambik baju raya yang akhirnya ada orang nak jahit plus nak beli usha kasut raya aii.sob! sob!

dan malam ini setelah semua orang tido,dengan mata dok terkebil-kebil tak boleh nak lelap,datanglah satu idea mulia iaitu nak manjakan tumid kaki ai yang mulai merekah terasa sakit dengan Happy Foot callus shaver yang dibeli hanya kerana perasaan kasihan amoi tu dok tenyeh kaki ai dengan habuk berkepul-kepul naik ke muka(ko saja la kan amoi..rupanya benda alah ni ada kaver,tapi ko sengaja tak nak pakai sebab nak bagi ada efek habuk tu supaya ai rasa kesian kat u kan?kan?kan?demmit di situ kerana elaun ai dah hangus!)

setelah membelek-belek alat tersebut ternyata tidak ada bateri sedangkan jelas lagi nyata ada tertulis FOC bateri disertakan dan ai pun yakin dia ada letak bateri kat dalam benda alah ni.tetapi dimanakah ia?so,terhendap-hendaplah ai mencari bateri dalam gelap sebab hilang akal apa nak bukak lampu orang tengah tido kan?tapi tak berjumpa pulak dengan bateri yang oh! sungguh banyak dalam laci ni bila taknak pakai.haih!!!misi mulia ini nampaknya gagal jugak! uwaaaa!!!..ini la hari yang orang kata BELUM ADA REZEKI;-(



epot hospital yang sangat sejuk;-p

abang suka sangat tengok blakang sekarang ni klu nak ambik gambar.

adik pulak tak tengok kamera.

adik yg terlepas,ibu yg frust dan abang yg ceria;-p



3 comments:

  1. Oloh.. Cian ibu! Xpe, at least berjaya update post! Bravo! :)

    ReplyDelete
  2. Ok la tu.. Lama2 nanti update blog daa jd kacang jer.. Sebab daa sebati curahkan idea dlm bentuk penulisan.. Good Luck, sweety!

    ReplyDelete

PLEASE DO NOT RELAY DISCOMFORT MESSAGES TO THE "SUPERMOM-TO-BE". TQ.