Saturday, July 9, 2011

BERSIH?

Assalammualaikum...


apa kata mulakan dr rumah?cuba pegang penyapu tu sapu keliling rumah.tolong ringankan beban pasangan dgn basuh baju ke,pinggan ke.baru la suami isteri saling berkasih-kasihan.hormat-mengho​rmati.anak-anak tengok ikut contoh yg baik.membesar dalam persekitaran yg berkualiti..esok dah besar jadi pemimpin berjiwa rayat.bukan yang menyusahkan rakyat,yang buat perkara-perkara yg boleh menyusahkan orang untuk keluar mencari rezeki.


by the way...nanti bila dah BERSIH boleh tolong BERSIHkan tak syarat2 nak interview/kerja kena pandai cakap mandarin dan tidak boleh bertudung?ini syarat banyak KOTORlah!


Wednesday, July 6, 2011

Kau tercipta untukku...


Assalammualaikum...

oh! susahnya nak sign in tadi.asyik2 keluar bahasa arab.terpaksa bukak email bagai baru boleh.habis hilang idea nak update.sudah la mata dah berat sebab masih ikut waktu Malaysia.

my dear hubby,happy anniversary sayang.kad dah beli,tapi tertinggal pulak kat bawah lipatan baju bajan kat Malaysia nuuu;-p.al-kononnya taknak abang jumpa la.last2 terus lupa ambik;(

Encik Zainudin bin Yaman.i love you so very much dear.sorry af tak boleh nak bagi hadiah apa2 kat abang.murah atau mahal.af kan surirumah je.so,esok af buat nasik ayam untuk abang nak?kalau rajin laaa....tak janji ok?biasala,tiap2 hari nak bersilat ngan hero2 kita tu.abang mesti faham kan sayang?abang kan memahami...oh! terima kasih suamiku...
nak karang ayat2 romantik pun cam kematu je idea.oh! sedihnya isteri you ni.huhu...

gambar masa baru kawin nak balik qatar.kurusnya aiii;-p

abang...

tup,tap,tup,tap...dah 4 tahun kita bersama kan sayang.alhamdulillah.Allah kurniakan kita 2 cahaya mata pengikat kasih sayang.terima kasih abang sebab jadi ayah pada anak2 af.ayah yang sangat baik.teringat balik zaman berkapel-kapelan dulu.tak sangka kan?kan?kan?menjadi nyata.hehe...

abang...

terima kasih sebab bersabar dengan af(walaupun af rasa af yang banyak bersabar dengan abang.haha!),terima kasih sebab belikan af mesin jahit,walaupun last2 jahit 2,3 helai je tudung pastu pos balik malaysia(sapa suruh abang guna bilik tengah,af nak pakai bilik tu.anak dah kacau kan tak boleh menjahit dah.so,bukan salah af la kan?hehe)terima kasih sebab belikan af oven walaupun kek yang af buat selalu keras kekung tak pun lembik(tapi boleh makan lagikan?afdlin cakap sedap je.budak2 tak pandai bohong;-p),terima kasih bawak af p London walaupun af cuma bawak abang p Tasik Melati ja(bila kita nak p lagi bang?;-p)terima kasih juga sebab belikan af white iphone 4 walaupun tahu af nak henpon tu sebab nak ambik gambaq cantik2 ja(af tau abang bergurau je kan cakap tu hadiah untuk seumur hidup tak mau tukaq hok lain dah).....

oh! suamiku yang lebih hensem dari Radhi OAG....(OMG!!!;-P)

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA.ya...SEGALA-GALANYA.apa sahaja yang abang buat,abang bagi pada af sepanjang perkenalan,apatah lagi di dalam perkahwinan kita ni membuatkan af lebih kuat(walaupun nampak lepot je,tapi kuat sebenarnya.well... hanya jauhari yang mengenal manikam..ya,manikam bukan maniam) .

terima kasih abang...

doakanlah semoga ikatan kita ini kekal hingga ke syurga.semoga kita masih sayang muah2! untuk 20,30 tahun lagi...hatta untuk tahun-tahun selepas itu selagi hayat dikandung badan.ye abang ye?...jangan jemu dengan af,af sayang abang.sayang sangat-sangat.jangan letih suruh af solat setiap waktu,jangan letih suruh af blajar bawak kereta,jangan letih ajar af cakap serawak(af pun hairan awat bila cakap serawak lama2 bunyi cam cakap indon)jangan letih suruh af kurangkan cili dalam masakkan kalau terpedas sangat.tapi cakap elok-elok la.abang kena faham.af kan biasa makan pedas2.dulu2 af masak lemak letak lebih 30biji cili api.tapi lepas kawin abang bagi syarat masak tak boleh lebih dari 2 biji je.oh!tersentot tau rasa dia.abang kena faham tu.(abang,af tipu,af mintak maaf.af letak 3 biji.lebih 1 biji.emmm...af suka angka ganjil.sori ye ling?;-p)

oh! suamiku udin...

terimalah isteri mu ini seadanya walaupun saiz dah berbeza dari dulu.aku cinta padamu...

tulus dari isteri mu,

afrida binti mohd shobri.


(eh! panjang jugak dlm dok kata takdak idea tu;-p)


Monday, July 4, 2011

Letihnya...

assalammualaikum...



menyesal pulak copy paste gambar malam ni.dah kena tunggu lama.




ok dah habis.




sebelum anak-anak jaga baik pergi tido dulu.salam...



zzzzzzzzzz.....